Langkau ke kandungan utama

BAJET RENDAH BUKAN KUNCI MENYERAH KALAH

     

        Telah diputuskan perlawanan Piala Sumbangsih 2021 akan dilangsungkan pada 05 Mac 2021 yang menemukan Kedah Darul Aman dan Johor Darul Ta'zim. Venue perlawanan adalah di Stadium Sultan Ismail, Johor. Satu perlawanan yang semestinya dinantikan oleh semua peminat bolasepak Kedah dan JDT. Mana tidaknya, sejak musim 2017 sehingga 2020 (4 musim), kedua - dua pasukan telah bertemu sebanyak 3 kali dalam perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah ini. Daripada ketiga - tiga pertemuan, JDT berjaya merangkul piala sebanyak 2 kali manakala Kedah 1 kali. Dan musim 2021, sekali lagi Kedah akan bertemu JDT dalam saingan yang sama.


KEKUATAN PASUKAN.

        Saingan Piala Sumbangsih musim 2021 menyaksikan persiapan rapi kedua - dua pasukan, dengan kedua - dua pasukan membuat pembelian pemain - pemain baharu yang cukup rancak terutamanya Kedah. Kedah boleh disifatkan sebagai berwajah baharu sempena era penswastaan pasukan dan liga. Kemasukan pemain - pemain seperti Rabih Ataya (secara pinjaman dari Al - Ahed), Anumanthan Kumar (dari Hougang United), Rozaimi Abdul Rahman (dari JDT II), Rodney Calvin (secara pinjaman dari Selangor), Ilham Amirullah (dari Terengganu) dan ramai lagi mencerminkan betapa Kedah serius untuk memberi cabaran dalam saingan musim baharu ini. Jika dibandingkan bajet pembelian pemain diantara Kedah dan JDT, tidak dinafikan JDT mempunyai dana yang lebih besar, namun ini bukanlah satu - satunya faktor kejayaan sesebuah pasukan. Coach Aidil pastinya mempunyai ramuan tersendiri dalam mencorak formasi dengan pemain - pemain yang ada dalam skuad Kedah kali ini. Apa yang penyokong perlu lakukan sekarang ini, teruskan memberi kepercayaan serta ruang kepada pasukan kita dan sentiasalah berada di belakang pasukan tidak kira ketika jatuh dan bangun.

        Di atas kertas, pastinya JDT menjadi pasukan pilihan, dengan barisan pemain - pemain mereka. Namun keputusan perlawanan nanti akan ditentukan di atas padang. Pasukan yang melakukan paling sedikit kesilapan dan memanfaatkan peluang terhidang sebaiknya, pasukan itulah yang akan keluar sebagai pemenang. Kedah mempunyai barisan serangan yang agak baik dan semestinya gandingan Kpah Sherman dan Tchetche Kipre mampu memberikan kejutan nanti.

        Semoga Kedah dapat beraksi dengan baik dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2021 nanti. Pulun Kedah Pulun!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ERA PENSWASTAAN

  LEGASI 2021 bakal menyaksikan saingan Liga Malaysia yang berwajah baru, dengan penswastaan kelab yang telah diwajibkan kepada setiap pasukan yang bertanding. Setakat ini, sebanyak 21 pasukan telah berjaya melaksanakan pemisahan FA dan FC masing masing dan menyaksikan terdapat juga pasukan yang menjenamakan semula pasukan mereka. Kedah FA: Kedah sekarang sedang meniti zaman kebangkitan selepas sekian lama 'terdampar' di Liga Perdana. Naik semula ke Liga Super pada tahun 2016 (Juara Liga Perdana 2015) seterusnya merangkul Piala Malaysia dalam tahun yang sama sememangnya menggambarkan betapa seriusnya Kedah untuk kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni selepas kejayaan 'double treble' dibawah kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah pada musim 2007 & 2008. Tahun 2017 pula menyaksikan Kedah berjaya 'merampas' Piala Sumbangsih dan Piala FA dari genggaman JDT, dengan pemerhati rata-rata menyifatkan kejayaan ini adalah kejayaan yang sangat signifikan selepas hamp...

KEDAH - SPECIALIST PIALA MALAYSIA

Kedah sebenarnya begitu sinonim dengan Piala Malaysia, bermula sejak era 80-an di mana Kedah berjaya layak ke perlawanan akhir pada musim 1987 selepas kali terakhir layak pada musim 1940. Bermula musim 1987, penguasaan Kedah didalam saingan Piala Malaysia berada di kemuncaknya dimana Kedah terus berjaya menjadi finalis untuk tiga (3) musim berikutnya iaitu musim 1988, 1989 dan 1990 dan 1990 menjadi saksi kepada kejayaan Kedah merangkul gelaran Juara Piala Malaysia buat kali pertama selepas kecewa tiga (3) musim sebelumnya. Kedah sekali lagi mengecap kejayaan menjadi Juara Piala Malaysia pada musim 1993 dan sejak dari rentetan ini, Kedah menjadi salah sebuah pasukan yang disegani dalam kancah bolasepak tanah air. Kedah menjuarai Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas keputusan terikat 1-1. Musim 2020, saingan Piala Malaysia tetap diteruskan disebalik pandemik covid-19 yang melanda dunia. Bezanya kali ini, Piala Malaysia akan dijala...

PIALA MALAYSIA 2020 P1 - KEDAH vs PAHANG

Undian Piala Malaysia musim 2020 sudah berlangsung (1 November 2020) dan Kedah telah ditakdirkan bertemu Pahang dan diibaratkan ulangan separuh akhir Piala Malaysia 2019. Saingan separuh akhir Piala Malaysia musim lepas pastinya diingati setiap penyokong Kedah. Mana tidaknya, keputusan akhir perlawanan tersebut adalah 8-8 secara agregat. Nampak liat kedua - dua pasukan (Kedah dan Pahang) apabila masing - masing berbalas gol sehingga hujung - hujung perlawanan. Musim 2020 pastinya bakal menyediakan kita dengan satu lagi saingan hebat diantara kedua - dua pasukan. Kedah yang dilihat dalam 'mood' terbaik selepas berjaya layak ke saingan Piala AFC 2021 pastinya tetap berwaspada dengan Pahang yang menundukkan mereka di Darul Makmur dalam saingan Liga Super 2020 tempohari. Apa sekalipun, Kedah pastinya mahu mara sejauh mungkin dalam saingan kali ini, seterusnya menepati status sebagai salah satu pasukan gergasi dalam kancah bolasepak tempatan.