Telah diputuskan perlawanan Piala Sumbangsih 2021 akan dilangsungkan pada 05 Mac 2021 yang menemukan Kedah Darul Aman dan Johor Darul Ta'zim. Venue perlawanan adalah di Stadium Sultan Ismail, Johor. Satu perlawanan yang semestinya dinantikan oleh semua peminat bolasepak Kedah dan JDT. Mana tidaknya, sejak musim 2017 sehingga 2020 (4 musim), kedua - dua pasukan telah bertemu sebanyak 3 kali dalam perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah ini. Daripada ketiga - tiga pertemuan, JDT berjaya merangkul piala sebanyak 2 kali manakala Kedah 1 kali. Dan musim 2021, sekali lagi Kedah akan bertemu JDT dalam saingan yang sama. KEKUATAN PASUKAN. Saingan Piala Sumbangsih musim 2021 menyaksikan persiapan rapi kedua - dua pasukan, dengan kedua - dua pasukan membuat pembelian pemain - pemain baharu yang cukup rancak terutamanya Kedah. Kedah boleh disifatkan sebagai berwajah baharu sempena era...