LEGASI
2021 bakal menyaksikan saingan Liga Malaysia yang berwajah baru, dengan penswastaan kelab yang telah diwajibkan kepada setiap pasukan yang bertanding. Setakat ini, sebanyak 21 pasukan telah berjaya melaksanakan pemisahan FA dan FC masing masing dan menyaksikan terdapat juga pasukan yang menjenamakan semula pasukan mereka.
Kedah FA:
Kedah sekarang sedang meniti zaman kebangkitan selepas sekian lama 'terdampar' di Liga Perdana. Naik semula ke Liga Super pada tahun 2016 (Juara Liga Perdana 2015) seterusnya merangkul Piala Malaysia dalam tahun yang sama sememangnya menggambarkan betapa seriusnya Kedah untuk kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni selepas kejayaan 'double treble' dibawah kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah pada musim 2007 & 2008. Tahun 2017 pula menyaksikan Kedah berjaya 'merampas' Piala Sumbangsih dan Piala FA dari genggaman JDT, dengan pemerhati rata-rata menyifatkan kejayaan ini adalah kejayaan yang sangat signifikan selepas hampir 5 tahun persediaan dilakukan dengan membariskan pemain-pemain muda yang digandingkan dengan begitu lama bagi membentuk persefahaman yang tinggi. Kedah yang sememangnya terkenal dengan kepakaran melahirkan bakat-bakat muda telah membuktikan bahawa dana yang tidak begitu besar bukanlah penghalang kepada sesebuah kejayaan. Apa yang penting adalah azam setiap individu dari kalangan pemain, pegawai, jurulatih dan juga penyokong merupakan satu daya yang cukup kuat bagi merealisasikan impian.
Namun disebalik kejayaan-kejayaan ini, Kedah FA perlu bersedia dari segi pelbagai aspek untuk menempuh era penswastaan liga kelak. Fasiliti harus dipertingkat dan diperkemaskan lagi bagi memenuhi aspek ini supaya Kedah tidak ketinggalan. Yang paling penting adalah kebajikan pemain. Sepatutnya isu tunggakan gaji seperti yang berlaku baru - baru ini tidak seharusnya berlaku. Persatuan / kelab harus merancang perbelanjaan mengikut kemampuan sendiri, bukannya berlebih-lebih sehingga berhutang di sana sini. Ianya akan memberi impak kepada persembahan pasukan dan juga moral para pemain serta pegawai dan jurulatih. Pengurusan Kedah harus sentiasa proaktif dalam memastikan kebajikan mereka terjaga dengan memikirkan langkah-langkah penjanaan dana yang lebih efisien dan mantap selepas ini. Namun, pujian harus diberikan kepada pihak pengurusan kerana bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah gaji pemain-pemain serta pegawai-pegawai dan diharapkan masalah ini akan selesai secepat mungkin.
Akhir sekali, buat para penyokong, ayuh teruskan sokongan kepada pasukan kesayangan anda Hijau Kuning!
PULUN KEDAH PULUN!
KEDAH SERATA-RATA!
BIAR JASA JADI KENANGAN!
Ulasan
Catat Ulasan