Langkau ke kandungan utama

KEDAH - SPECIALIST PIALA MALAYSIA

Kedah sebenarnya begitu sinonim dengan Piala Malaysia, bermula sejak era 80-an di mana Kedah berjaya layak ke perlawanan akhir pada musim 1987 selepas kali terakhir layak pada musim 1940. Bermula musim 1987, penguasaan Kedah didalam saingan Piala Malaysia berada di kemuncaknya dimana Kedah terus berjaya menjadi finalis untuk tiga (3) musim berikutnya iaitu musim 1988, 1989 dan 1990 dan 1990 menjadi saksi kepada kejayaan Kedah merangkul gelaran Juara Piala Malaysia buat kali pertama selepas kecewa tiga (3) musim sebelumnya. Kedah sekali lagi mengecap kejayaan menjadi Juara Piala Malaysia pada musim 1993 dan sejak dari rentetan ini, Kedah menjadi salah sebuah pasukan yang disegani dalam kancah bolasepak tanah air.

Kedah menjuarai Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas keputusan terikat 1-1.


Musim 2020, saingan Piala Malaysia tetap diteruskan disebalik pandemik covid-19 yang melanda dunia. Bezanya kali ini, Piala Malaysia akan dijalankan melalui format kalah mati dimana kesemua 16 pasukan yang layak akan diundi bagi menentukan lawan masing - masing dan saingan akan terus dimulakan dengan peringkat 16 terakhir.

Format sebegini pastinya membuka peluang sama rata kepada setiap pasukan yang bertanding. Pasukan kecil juga pastinya akan menggunakan peluang ini sebaiknya untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan - pasukan 'otai'.

Selamat maju jaya buat pasukan Kedah dalam saingan kali ini dan jangan sesekali memandang rendah kepada mana - mana pasukan. Berbekalkan pengalaman Kedah dalam Piala Malaysia, in sha Allah Kedah mampu pergi jauh.

Pulun Kedah Pulun!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ERA PENSWASTAAN

  LEGASI 2021 bakal menyaksikan saingan Liga Malaysia yang berwajah baru, dengan penswastaan kelab yang telah diwajibkan kepada setiap pasukan yang bertanding. Setakat ini, sebanyak 21 pasukan telah berjaya melaksanakan pemisahan FA dan FC masing masing dan menyaksikan terdapat juga pasukan yang menjenamakan semula pasukan mereka. Kedah FA: Kedah sekarang sedang meniti zaman kebangkitan selepas sekian lama 'terdampar' di Liga Perdana. Naik semula ke Liga Super pada tahun 2016 (Juara Liga Perdana 2015) seterusnya merangkul Piala Malaysia dalam tahun yang sama sememangnya menggambarkan betapa seriusnya Kedah untuk kembali menjadi sebuah pasukan yang digeruni selepas kejayaan 'double treble' dibawah kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah pada musim 2007 & 2008. Tahun 2017 pula menyaksikan Kedah berjaya 'merampas' Piala Sumbangsih dan Piala FA dari genggaman JDT, dengan pemerhati rata-rata menyifatkan kejayaan ini adalah kejayaan yang sangat signifikan selepas hamp...

PIALA MALAYSIA 2020 P1 - KEDAH vs PAHANG

Undian Piala Malaysia musim 2020 sudah berlangsung (1 November 2020) dan Kedah telah ditakdirkan bertemu Pahang dan diibaratkan ulangan separuh akhir Piala Malaysia 2019. Saingan separuh akhir Piala Malaysia musim lepas pastinya diingati setiap penyokong Kedah. Mana tidaknya, keputusan akhir perlawanan tersebut adalah 8-8 secara agregat. Nampak liat kedua - dua pasukan (Kedah dan Pahang) apabila masing - masing berbalas gol sehingga hujung - hujung perlawanan. Musim 2020 pastinya bakal menyediakan kita dengan satu lagi saingan hebat diantara kedua - dua pasukan. Kedah yang dilihat dalam 'mood' terbaik selepas berjaya layak ke saingan Piala AFC 2021 pastinya tetap berwaspada dengan Pahang yang menundukkan mereka di Darul Makmur dalam saingan Liga Super 2020 tempohari. Apa sekalipun, Kedah pastinya mahu mara sejauh mungkin dalam saingan kali ini, seterusnya menepati status sebagai salah satu pasukan gergasi dalam kancah bolasepak tempatan.