Penyokong sebagai pemain ke-12 seringkali dilaungkan bagi menggambarkan betapa pentingnya sokongan dari para peminat bagi sesebuah pasukan. Tidak terkecuali dengan pasukan Kedah FA.
Penyokong Kedah tidak dinafikan adalah salah satu kumpulan penyokong yang begitu fanatik di Malaysia. Hampir setiap perlawanan, tidak kira samada di Stadium Darulaman mahupun di stadium tempat lawan, 'tentera' Hijau Kuning ini pasti akan turun memberikan 'gegak gempita' mengangkat moral dan semangat para pemain Lang Merah. Sokongan tidak berbelah bahagi ini bukan sahaja memberi dorongan kepada pemain untuk memenangi perlawanan, malah menghadirkan rasa gerun kepada pemain lawan. Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap venue di tempat lawan pasti akan ada suasana hijau kuning di dalamnya. Ada yang hadir secara rombongan dan ada juga yang hadir dengan keluarga dan sahabat handai. Faktor geografi dan jarak bukanlah penghalang bagi mereka. Mereka sanggup turun demi menzahirkan sokongan kepada pasukan Lang Merah yang disayangi.
Diharapkan keghairahan sokongan ini tidak akan terhenti di saat jatuh dan bangun Lang Merah. Para pemain perlukan sokongan anda. Mereka perlukan motivasi dari anda. Mereka mahu perjuangan mereka disertai 'tentera-tentera' Hijau Kuning bagi merobek kubu lawan. Ayuh! buktikan sokongan anda!
Padi terhampar luas menghijau
Resminya tunduk ketika menguning
Helang merah terbang meninjau
Mencakar lawan pastinya sering
PULUN KEDAH PULUN!
Ulasan
Catat Ulasan