Baru - baru ini, seluruh penyokong bolasepak Kedah seakan tersentak apabila diumumkan nama baharu pasukan Kedah adalah Darul Aman FC. Pelbagai reaksi dilontarkan dalam isu ini dan rata - rata mahukan nama 'Kedah' itu sendiri dikekalkan. Sebenarnya permintaan penyokong ini adalah berasas kerana kita sedia maklum nama 'Kedah' itu sendiri sudahpun mempunyai identiti serta jenamanya yang tersendiri. Dan apa yang paling penting, penyokong Kedah sendiri rata - ratanya merupakan anak Kedah sendiri. Nama 'Kedah' juga menjadi saksi kejayaan 'Double Treble' yang sehingga hari ini masih belum berjaya dilakukan oleh pasukan lain. Banyak lagi kalau nak dihuraikan sebenarnya. Tapi bagi penyokong setia Kedah, mereka tahu akan peristiwa - peristiwa itu.
PERTUKARAN LOGO
Pertukaran logo bagi sesebuah pasukan bolasepak bukanlah sesuatu yang asing. Kelab - kelab ternama Eropah juga pernah beberapa kali menukar logo seperti Chelsea, Manchester City, Juventus dan banyak lagi. Penyokong Kedah sebenarnya tidak marah andai logo ditukar, tapi biarlah logo baharu itu logo yang ada 'class' tersendiri dan bukannya 'level budak sekolah'. Kami di RBK cukup faham kenapa penyokong Kedah marah apabila didedahkan logo baharu Darul Aman FC baru - baru ini. Ia adalah kerana logo itu bolehlah disifatkan sebagai tiada identiti, mengarut, dan mencalar imej baik Kedah itu sendiri. Setelah mendapat kritikan pedas daripada penyokong sendiri, misi 'menyelamatkan' logo dilihat semakin ada sinar. Apa - apa pun, kita tunggu pemilik baharu Kedah yang dikatakan akan mengembalikan semula logo yang disukai penyokong.
Dua isu di atas (nama dan logo pasukan) masih belum dimuktamadkan secara rasminya. Jadi diharapkan usaha - usaha murni dapat dijana oleh penyokong supaya legasi Kedah itu sendiri tidak hilang dari arus bolasepak Kedah.
Pulun Kedah Pulun!
Ulasan
Catat Ulasan